Monday, February 21, 2011

PERIBAHASA

1.Seperti embun di hujung rumput maksud kasih sayang yang mudah hilang
2.Biar titik jangan tumpah maksud
3.Bintang terang maksud bertuah atau bernasib baik.
4.Dapat sama laba cicir sama rugi maksud sesuatu pekerjaan yang sukar akan menjadi lebih
    mudah sekiranya dilakukan bersama-sama. Sekiranya tidak bekerjasama kesemua pihak akan
    melalui kerugian.
5.Ibarat burung mata lepas badan terkurung maksud tidak bebas.
6.Alang-alang mandi biar basah maksud mengerjakan sesuatu sehingga selesai.
7.Menuntut ilmu itu tiada noktahnya maksud
8.genggam bara api biar jadi arang maksud sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan dengan
    sebaik-baiknya dengan selesai.
9.Seperti hujan jatuh ke pasir maksud nasihat yang tidak berguna.
10.Umpama api membara ganas maksud api yang marak bernyala.
11.Menconteng arang dimuka maksud perbuatan yang memalukan.
12.Seperti Abu di atas tunggul maksud kedudukan yang tidak tetap atau tidak selamat.
13.Ular menyusur akar takkan hilang bisanya maksud orang yang berpangkat tinggi jika bergaul
      dengan orang bawahan tidak akan hilang martabatnya.
14.Umpama si buta baru celik maksud orang susah baru memperolehi kesenangan.
15.Jauh pangang daripada api maksud jawapan yang sangat berbeza.
16.Kebarsihan dan keceriaan kunci kecemerlangan maksud sekiranya bersih dan indah akan
      menghasilkan kecemerlangan dalam semua aspek.

 17.Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis maksud sentiasa berhati-hati sebelum mengambil
      sesuatu tindakan.
18.Seperti bangau di ekor kerbau maksud
19.berhati waja maksud pendirian yang teguh.
20.Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga maksud kalau tidak cukup syarat
      jangan dibuat apa-apa yang tidak terdaya.
21.Rosak badan kerana mulut maksud tersalah cakap maka diri sendiri yang mendapat susah.
22.Sehari selembar benang ,lama-lama jadi kain maksud sesuatu pekerjaan yang dilakukan
      sedikit demi sedikit akhirnya akan selesai.
23.Buah fikiran maksud pendapat atau idea.
24.Hilang bahasa lenyaplah bangsa maksud bahas akan hilang apabila bangsanya tidak
      menggunakan bahasanya itu.
25.Cepat kaki, ringan tangan maksud rajin membuat kerja.
26.Setiap penyakit mesti ada hikmah maksud setiap masalah ada sebabnya.
27.Belut kena ranjau maksud orang cerdik yang ditipu.
28.Berkata benar walaupun kebenaran itu menyakitkan maksud
29.Duduk sama rendah berdiri sama tinggi maksud sama taraf.
30.Sudah terhantuk baru tergadah maksud sudah susah baru beringat
31.Merah bak darah, dingin bak salju maksud
32.Seperti dihiris dengan sembilu maksud terasa pedih sekali.
33.Ilmu itu pelita hati maksud manusia yang berilmu hatinya tenang dan hidupnya gembira.
34.Baru bertatih hendak berlari maksud
35.Berfikir sebelum berkata ,berunding sebelum dibuat maksud
36.Masin lidah maksud apa yang dikatakan menjadi kebenaran.
37.Besar pasak dari tiang maksud belanja lebih besar daripada pendapatan.
38.Umpama bursuluh di siang hari maksud perbuatan yang bodoh atau bertanya tentang
      sesuatu yang sudah diketahui.
39.Menyambung biar panjang ,menyebar biar lebar maksud melakukan sesuatu itu biarlah
      memberi faedah
40.Bagai ada batu menindih lidah maksud tidak berupaya mengeluarkan kata-kata.
41.Bagai kerakap tumbuh di batu hidup segan mati tak mahu maksud keadaan hidup seseorang
      yang sangat miskin dan melarat
42.Arang habis besi binasa maksud usaha sia-sia.
43.Biar genting jangan putus maksud biar rugi sedikit jangan habis sama sekali.
44.Seperti gembala diberi keris maksud mendapat sesuatu yang tidak berguna.
45.zaman behari maksud zaman purbakala.
46.Malu berkayuh perahu hanyut maksud kalau malu berusaha pasti akan susah.
47.Seperti meniup api di dalam air maksud pekerjaan yang sangat sukar.
48.Jalan damai maksud menyelesaikan sesuatu secara perundingan.
49.Setitik dijadikan laut,sekepal dijadikan gunung maksud
50.Bertangguh itu pencuri masa maksud melakukan kerja dengan bertangguh akan merugikan  
      diri sendiri.

No comments:

Post a Comment